Lebih daripada sekadar murung:Mungkinkah ini kemurungan?
Ambil langkah pertama: semak keadaan diri anda hari ini
Mulakan saringan- Kira-kira 3 minit
- Tanpa nama
- Bukan diagnosis
- Berhenti bila-bila masa
Apakah kemurungan?
Kemurungan ialah masalah kesihatan mental yang biasa. Ia menyebabkan seseorang mengalami perasaan murung, hilang minat atau keseronokan, rasa bersalah atau rendah harga diri, gangguan tidur atau selera makan, kurang tenaga dan sukar menumpukan perhatian.
Baca lagi
Kemurungan bukan tanda kelemahan diri, kegagalan atau sikap malas. Ia bukan disebabkan oleh rasukan kuasa ghaib, ia tidak menular, dan ia bukan tanda seseorang itu menjadi gila. Ini masalah kesihatan yang kompleks, disebabkan oleh faktor sosial dan biologi.
Dalam gambar
1 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami kemurungan.
Wanita 50% lebih cenderung mengalami kemurungan berbanding lelaki.
Kira-kira 20% remaja Malaysia mengalami kemurungan.
Terdapat kelewatan 4 tahun sebelum seseorang mendapatkan bantuan untuk kemurungan. Anda tidak perlu menunggu.
Kira-kira 10 rakyat Malaysia mengakhiri hidup sendiri setiap hari. Anda boleh bercakap dengan seseorang sekarang.
Tanda-tanda untuk diperhatikan
- Rasa murung, mudah marah atau sengsara
- Tidak lagi seronok dengan aktiviti biasa
- Berterusan selama dua minggu atau lebih
- Perubahan pada tingkah laku, keadaan badan dan cara anda melihat diri sendiri
Baca lagi
Tanda kemurungan yang paling jelas ialah rasa murung, mudah marah, sengsara, dan/atau tidak lagi seronok atau berminat dengan aktiviti biasa selama dua minggu atau lebih. Perasaan murung dan/atau hilang minat ini sering membawa kepada perubahan tingkah laku, keadaan fizikal, dan cara seseorang melihat diri sendiri dan dunia.
Mitos dan fakta
Mitos“Antidepresan menyebabkan ketagihan.”
Antidepresan boleh diberhentikan. Namun, anda perlu melakukannya secara beransur-ansur untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
Baca lagi “Antidepresan menyebabkan ketagihan.”
Ramai orang mungkin tidak mahu mengambil antidepresan kerana risau ubat ini menyebabkan ketagihan dan perlu diambil seumur hidup.
Sebenarnya, bergantung pada sejarah kemurungan anda, antidepresan mungkin disyorkan untuk 6 bulan hingga 2 tahun sahaja lagi selepas anda mula berasa lebih baik, bagi mengelakkan kemurungan berulang.
Rawatan yang disyorkan untuk kemurungan sederhana hingga teruk ialah gabungan psikoterapi dan ubat, untuk meningkatkan pemulihan dengan ketara dan mengelakkan kemurungan berulang. Malah, psikoterapi sahaja sama berkesan dengan antidepresan untuk kemurungan ringan hingga sederhana!
Mitos“Antara semua rawatan alternatif dan gaya hidup untuk kemurungan, vitamin mungkin paling membantu.”
Malangnya, vitamin tidak terbukti dapat memperbaik mood.
Baca lagi “Antara semua rawatan alternatif dan gaya hidup untuk kemurungan, vitamin mungkin paling membantu.”
Selain ubat dan psikoterapi, ada perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan untuk membantu anda berasa lebih baik.
Kita perlu kembali kepada asas: Rest, Eat, Activity dan Love (REAL), iaitu rehat, makan, aktiviti dan kasih sayang.
- Rehat: Tidur 7 hingga 9 jam sehari.
- Makan: Amalkan diet makanan berkhasiat dengan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan ikan.
- Aktiviti: Bersenam 30 minit sehari, 3 kali seminggu.
- Kasih sayang: Kelilingi diri anda dengan orang yang menyayangi anda dan boleh menyokong anda pada masa senang dan susah.
Mitos“Kebanyakan orang yang mengalami kemurungan perlu dimasukkan ke hospital.”
Kebanyakan rawatan kemurungan dijalankan di luar hospital.
Baca lagi “Kebanyakan orang yang mengalami kemurungan perlu dimasukkan ke hospital.”
Hanya sebilangan kecil orang yang mengalami kemurungan perlu dimasukkan ke hospital, antaranya mereka yang mengalami kemurungan teruk yang memerlukan rawatan lebih rapi, atau mempunyai masalah kesihatan mental lain yang memerlukan rawatan segera.
Punca
Apakah punca kemurungan? Jawapan mudahnya, punca kemurungan berbeza bagi setiap orang. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kemurungan, dan selalunya gabungan beberapa perkara yang membawa kepada kemurungan. Namun begitu, punca kemurungan secara amnya boleh dibahagikan kepada dua kategori utama:
- Punca dalaman (seperti faktor biologi dan cara berfikir yang negatif)
- Punca luaran (seperti persekitaran kerja yang menekan, atau konflik dengan orang lain)
Kesan
161,574 tahun hidup sihat hilang akibat kemurungan setiap tahun.
RM 4,000,000 ialah kos kemurungan di Malaysia setiap tahun.
Jenis yang biasa
Memang normal untuk rasa sedih sekali-sekala, tetapi jika anda sedih hampir sepanjang masa dan ia menjejaskan kehidupan harian anda, anda mungkin mengalami kemurungan klinikal. Keadaan ini boleh dirawat dengan ubat, bercakap dengan ahli terapi dan perubahan gaya hidup.
Gangguan kemurungan berterusan
Sesetengah orang mungkin mengalami kemurungan yang lebih kronik, dipanggil gangguan kemurungan berterusan (juga dikenali sebagai distimia). Perasaan murung berlarutan hampir sepanjang hari, pada lebih banyak hari berbanding tidak, selama sekurang-kurangnya 2 tahun bagi orang dewasa dan sekurang-kurangnya 1 tahun bagi kanak-kanak dan remaja.
Gangguan kemurungan major
Doktor anda mungkin menyebut bahawa anda mengalami “gangguan kemurungan major”. Ini jenis kemurungan yang paling biasa, dengan ciri-ciri rasa murung dan/atau hilang minat atau keseronokan, yang berlarutan hampir sepanjang hari, pada kebanyakan hari, selama sekurang-kurangnya dua minggu.
Gangguan kemurungan major dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
Kemurungan boleh berlaku pada sebarang umur. Kadar kemurungan cenderung rendah dalam kalangan kanak-kanak kecil, tetapi meningkat dengan ketara dalam kalangan remaja. Walaupun gejala kemurungan pada kanak-kanak dan orang dewasa selalunya serupa, sesetengah kanak-kanak dan remaja mungkin melaporkan rasa sangat mudah marah, bukannya sedih, ketika mengalami kemurungan.
Kemurungan peripartum
Kira-kira 3-6% wanita mengalami gejala kemurungan major semasa mengandung atau dalam tempoh empat minggu selepas bersalin. Ini dikenali sebagai gangguan kemurungan major dengan permulaan peripartum. Ramai wanita yang mengalami kemurungan peripartum juga mengalami kebimbangan yang teruk dan serangan panik.
Mencari sokongan berterusan?
Relate menawarkan psikoterapi dalam talian pada kadar berpatutan kepada penduduk Malaysia.
Daftar untuk terapiPerlu bercakap dengan seseorang sekarang?
Jika anda sedang tertekan atau terfikir untuk mencederakan diri sendiri, sila dapatkan bantuan hari ini. Talian ini percuma dan sulit.
- Talian HEAL15555Kementerian Kesihatan, setiap hari 8 pagi hingga tengah malam
- Talian Kasih1599924 jam, atau WhatsApp 019-261 5999Hantar mesej WhatsApp
- Befrienders KL03-7627 292924 jam, sokongan emosi
Dalam keadaan kecemasan, hubungi 999.